<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3774804354309937042?origin\x3dhttp://lightupmylifewithlamp.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
BIOLA :*
Muse
Specs
Way Out
Credits
+ follow Dashboard
9APRIL2013: Al- Fatihah :'(
Wednesday, 17 April 201309:21

Assalamualaikum! Dah berbulan dah tinggalkan blog kan? Well sorry laa. Hmm already read the title? Well, marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Siti Sarah binti Saif yang meninggal pada 9April2013 pada pukul 4.30 pagi. Hmm arwah merupakan satu-satunya nenek aku yang masih hidup. Tapi bila dia dah takde, .... kosong weh kosong. 

Aku dengan arwah takdelah rapat mana. Tapi arwah selalu duduk rumah aku, so bila dah selalu nampak dia kat rumah tapi tetiba dah taknampak... haih sunyi. Lagi sedih bila aku ni bukanlah cucu yang baik sangat. Haih. Astaghfirullah. 

Bila dapat tahu arwah masuk hospital hari Sabtu malam, 6 April tu my mum terus risau. Well, mak sendiri masuk hospital siapa je tak risau an. Taksangka lah balik malam tu juga. Then, dah pagi hari Ahad tu sedar sedar je dah ade kat Hospital Batu Pahat. Tengok kereta kosong. Just ade aku dengan kakak aku je. Then, kitaorang jejalan kat hospital tu. Time tu takde perasaan sedih, risau ke apa sebab ni bukan first time my nenek masuk wad. Haih.

My mum duduk hospital, jaga arwah. Kami yang lain duduk kat rumah pakcik. Pukul 4.30 pagi tu, my ayah kejut, dia cakap "Tiqah bangun tiqah. Atuk dah takde" Aku terus beku. Sebak weh. Nak menangis but time tu mamai lagi. Aku apa lagi, bangun terus mandi. Kejut kakak and adik aku nak pi hospital. AKU NAK JUMPA ATUK! :'( Time tu my mum and aunty yang jaga, mesti mereka lagi sedih.... 

Sampai sana, ingat nak naik wad tapi tengok jenazah dah bawa turun. Kitaorang ikut je jenazah pergi bilik mayat. Aku pujuk mak aku. "Ya Allah, engkau ampunkanlah dosa arwah ya Allah" Then, dah daftar bagai semua. Kitaorang solat subuh and baca yaasin. Aku dengan kakak aku duduk dengan jenazah. Ofcourse lah mula mula takut tapi bila difikirkan, buat apa nak takut? INI ATUK AKU! ((aku panggil nenek aku 'atuk')) Kitaorang zikir bagai. 

Dah pukul 8, ustazah yang akan mengafankan dan memandikan dah sampai. Aku dengan kakak aku tukang tengok. Ibu aku and makcik aku yang tolong ustazah tu mandikan. Aku taktahu kenapa, tapi sepanjang arwah dimandikan dan dikafankan, aku menangis. Tangtang bila ustazah tu dah nak tutup muka arwah dengan kain kafan. "Allahuakhbar! Nenekku sudah tiada ya Allah!" 

"Alhamdulillah ya Allah kerana aku berpeluang melihat arwah dimandikan dan dikafankan serta dapat mencium arwah. Ya Allah, wanginya arwah. Aku dapat melihat arwah tersenyum ya Allah. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan jenazah ini ya Allah"

Selesai dikafankan, kami naik van jenazah pergi ke rumah atukku untuk solat jenazah. Selesai solat, kami ke tanah perkuburan yang terletak hampir dengan rumah atukku. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan pengebumian jenazah. Alhamdulillah Alhamdulillah. Pada malam itu, kami buat tahlil. Dan malam berikutnya. 

Ibu perlu selesaikan wasiat arwah dulu baru boleh balik ke rumah. Berat hati kami untuk meninggalkan atuk ku yang kehilangan isterinya yang selalu berada di sampingya sebelum ini. Selesai wasiat, kami pulang. Allah, terima kasih ya Allah kerana Engkau telah permudahkan segala-galanya. Alhamdulillah. Innalillahi wainnalillahirajiun. Al Fatihah :')